About ETC Group


Excel Training & Consultancy (M) Sdn.Bhd. merupakan institusi latihan yang menawarkan khidmat latihan dan perundingan yang bermutu dan berwibawa di negara ini. Misi kami  jelas:- membangunkan sumber manusia ke tahap yang lebih produktif dan berdaya maju.

“Orang lain menabur ilmu, Excel merangsang perubahan ke arah kecemerlangan.”

Excel ditubuhkan atas kesedaran bahawa semua lapisan pekerja di Malaysia perlu menjalani latihan dalam perkhidmatan dari masa ke masa bagi  mengemaskinikan pengetahuan dan kemahiran mereka dalam profesion atau bidang pekerjaan mereka agar menjadi pekerja-pekerja yang mahir, cekap dan bertanggungjawab serta mempertingkatkan kecemerlangan dan produktiviti organisasi.

Usaha murni ini akan dicapai melalui program latihan dan perundingan yang disusun secara sistematik. Dalam hal ini EXCEL mempunyai barisan pengurus dan perunding yang terlatih, berkaliber dan berpengalaman membentuk, melaksana dan menilai program-program latihan dan melaksanakan program-program perundingan untuk agensi-agensi  di sektor awam dan swasta. Cogankata fasilitator Excel ialah “Biarlah saya menjadi penyebab kepada kecemerlangan orang lain.”