Showing posts with label Perubahan. Show all posts
Showing posts with label Perubahan. Show all posts

10 June 2011

Transformasi Diri


Oleh: 



Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Sejak DMFK mempunyai FB dan twitter, makin banyak persoalan serta permasaalahan yang diajukan kpd DMFK. Kalau sebelum ini, ramai yang berkongsi cerita serta masalah sewaktu atau selepas kursus dan bagi yang tidak sempat menghadiri kursus kendalian DMFK bersama syarikat kami Excel Training & Consultancy (M) Sdn. Bhd atau secara singkatnya ETC, mereka akan menghantar e-mail. Akan tetapi Allah telah permudahkan system komunikasi antara sesama manusia menerusi FB, Twitter, blog maka ia menjadi pemangkin kepada tanggungjawab DMFK dalam menyampaikan perkara-perkara yang insya Allah dapat memperbaiki kehidupan sesama kita.

Pihak kami akan berusaha memastikan persoalan peminat / pengikut DMFK terjawab semana boleh dan kami setakat ini menggunakan satu system di mana soalan-soalan (yang munasabah) daripada FB dan Twitter akan dikumpulkan serta dirumuskan dan pihak DMFK akan mengeluarkan sebuah artikel yang menjawab persoalan tersebut secara menyeluruh. Artikel yang kami keluarkan akan cuba menjawab persoalan mengikut tema atau segmen, sebagai contohnya: "Transformasi Diri", "Keseronokan Berkerja", "Komunikasi", "Keterampilan", "Hubungan Antara Pasangan", "Keibubapaan", "Motivasi Umum"  dan sebagainya. Beberapa persoalan daripada Twitter dan FB yang dikumpulkan sehingga 6 Jun 2011 (diambil bulat-bulat daripada yang bertanya, atau copy and paste) adalah seperti berikut: -

  1. “bagaiman nak mengimbangi kehidupan yang tak setabil sekiranya orang sekeliling x memberi respon dato?”
  2. “Apa yang harus kita buat bila sesorang dah berubah,tapi masih ada individu yang mengata,memperlekehkan & masih menjaja kisah silamnya kepada orang lain sedangkan empunya badan berusaha untuk tidak mengingat semula kejahilan dulu....”

Soalan-soalan tersebut merangkumi aspek perubahan atau transformasi dalam diri sendiri. Sebelum disentuh tentang bagaimana hendak meyakinkan orang sekeliling kita untuk menyokong proses perubahan dalam diri, mari kita lihat apakah antara sebab utama mengapa kita sukar berubah.

1.      Tak nampak keperluan untuk berubah.
2.      Akal yang jahil.
3.      Hati yang keras.
4.      Nafsu yang liar.
5.      Sekitar yang tak kondusif.
6.      Iman yang lemah.
7.      Getaran yang sumbang.
8.      Hidup tak seimbang.
9.      Gagal untuk bertemu titik untuk berubah.
10.  Tak kenal diri yang sebenar.

Ramai antara kita kadangkala selesa dalam sengsara. Sebagai contohnya kadangkala kita tahu sikap berlengah atau procrastination membawa padah yang buruk, tetapi kita masih lagi tangguh untuk siapkan report, return call kepada customer, menjawab complaint pelanggan serta banyak lagi perkara yang memerlukan perhatian dengan segera. Bila kesuntukan masa, kita jadi lebih stress dan kadangkala biarkan orang lain selesaikan masalah kita. Juga seperti soalan yang diajukan di atas, kadangkala kita nampak keperluan untuk berubah serta mahu untuk berubah tetapi persekitaran kita tak cukup kondusif atau selesa dalam menyokong kita ke arah perubahan. Inilah di mana siapa kawan-kawan kita serta orang yang banyak kita habiskan masa bersama menjadi sangat penting.

DMFK sering berpesan supaya mencari mentor atau guru yang mampu membimbing kita serta memberi pandangan dan pertolongan sewaktu kita susah atau keliru. Dalam phone book DMFK sahaja ada lebih 100 nombor telefon individu yang DMFK anggap sebagai mentor dan merangkumi pelbagai aspek daripada ustaz serta alim ulamak, pakar komputer, pakar elektronik, pakar automotif, hinggalah ke kaki pukul dan tukang minta hutang (gurau je!!!). Ingat, kawan dengan semua orang, tetapi rapat dengan orang yang baik-baik.

Melakukan perubahan atau transformasi diri merupakan proses yang memakan masa serta memerlukan usaha. Dengan erti kata lain, ia bukanlah sesuatu yang mudah dan cepat untuk dilakukan. Perubahan juga seeloknya dilakukan secara bersepadu agar persekitaran kita boleh menjadi penggerak kepada konsistensi perubahan kita. Rangka tindakan bersepadu adalah seperti berikut:-

a)      Perubahan di rumah
b)      Perubahan di tempat kerja
c)      Perubahan dalam masyarakat

Perubahan secara bersepadu itu penting yang membolehkan usaha kita dalam mencapai status insan terbilang menjadi lebih konsisten. Apabila kita berubah di rumah; sebagai contoh mula solat tepat pada waktu dan berjemaah, menjaga percakapan antara keluarga, rajin cuci pinggan atau cuci tandas, suami rajin menolong isteri buat kerja rumah dan isteri pula rajin melayan suami dengan mesra, perubahan di tempat kerja serta antara masyarakat setempat juga harus dilakukan. Dengan itu, keharmonian yang kita capai adalah holistik dan lebih konsisten.