16 May 2011

KURSUS KECEMERLANGAN DALAM PEMBINAAN PASUKAN KERJA

Pengenalan

            Setiap organisasi di Malaysia sama ada kerajaan atau swasta, memerlukan pegawai-pegawai yang cemerlang dalam segala aspek kerja

            Sejarah menunjukkan bahawa kecemerlangan yang sebenar-benarnya tidak dapat dihasilkan oleh individu-individu atau kumpulan individu yang mempunyai ilmu, kemahiran dan kemudahan teknologi semata-mata. Faktor lain yang penting perlu ada pada setiap individu ialah semangat kerja berpasukan dan semangat kekeluargaan dalam organisasi.

            Penyelidikan menunjukkan bahawa sebahagian besar pegawai-pegawai dalam organisasi di Malaysia belum lagi terdedah kepada latihan bersepadu (integrated) yang menggabungkan aspek-aspek ilmu, kemahiran, kecemerlangan fizikal, kemantapan emosi, kerohanian dan semangat kerja sepasukan.

            Menyedari hakikat ini, maka Excel Training & Consultancy (M) Sdn. Bhd. menawarkan khidmat profesionalnya untuk mengendalikan Kursus Kecemerlangan Dalam Pembinaan Pasukan Kerja kepada kakitangan agensi pelanggan.

Objektif Kursus

            Kursus ini bertujuan untuk meningkatkan kecemerlangan peserta sebagai "individu yang bersepadu" dan dapat bekerja sebagai satu pasukan. Setelah menjalani kursus ini, para peserta akan dapat:

1.                  Mengenali diri dan memahami tanggungjawab dalam konteks kerja berpasukan.
2.                  Memahami teknik menggerakkan diri ke arah menjadi "orang baru" dan ahli pasukan kerja 
           yang cemerlang.
3.                  Memahami dan menghayati tentang nilai-nilai murni dalam bekerja secara berpasukan.
4.                  Menyedari dan lebih peka mengenai kepentingan kerjasama dan teknik membentuk pasukan
            kerja yang cemerlang.
5.                  Memahami teknik berkomunikasi dan hubungan kemanusiaan dalam kumpulan.
6.                  Memperbaiki sikap, amalan, dan mempertingkatkan disiplin serta dedikasi diri ke arah bekerja
            dengan cemerlang sebagai satu pasukan.

Hasil Pembelajaran

1.                  Mengenalpasti masalah dan cabaran untuk mengubah diri menjadi insan cemerlang.
2.                  Mempraktikkan budaya kerja positif di agensi pelanggan.
3.                  Memantapkan hubungan kerjasama sepasukan.
4.                  Memperkasakan aspek kepemimpinan dan kepengikutan yang terbilang
5.                  Mempraktikkan teknik komunikasi dan hubungan kemanusiaan yang cemerlang

Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran


Hasil Pembelajaran
Kaedah
Peratus
1,2,3,4,5
Ceramah dan Perbincangan
50 %
2,3,4,5
Praktikal
10 %
1,2,3,5
Analisis Diri
10 %
3,4,5
Aktiviti dan Simulasi
20 %
1,2,3,4,5
Kajian Kes dan Perbincangan Kumpulan
10 %


Isi Kandungan Modul
Hari Pertama
08:30 - 09:00 pg.         Pendaftaran, Suaikenal dan Taklimat Ringkas
09:00 - 10:30 pg.         Sesi 1: Penganalisisan Kendiri
·                    Masalah dan cabaran untuk berubah
10:30 - 11:00 pg.         Minum Pagi dan Perbincangan Tidak Formal
11:00 - 01:00 tgh.        Sesi 2: Menilai Kerja Berpasukan Di agensi pelanggan.
·                    Budaya positif dalam kerja berpasukan di agensi pelanggan.
·                    Budaya negatif dalam kerja berpasukan di agensi pelanggan.
·                    15 Ciri pasukan kerja yang mantap
01:00 - 02:30 ptg.        Makan Tengahari dan Solat Zohor Berjemaah
02:30 - 05:00 ptg.        Sesi 3: Program Kembara Minda
·                    Management Games (EXCEL RACE)
05:00 - 05:30 ptg.        Debriefing Kembara
·                    Kenapa dan mengapa
·                    Manifestasi kumpulan
05:30 - 06:30 ptg.        Minum Petang dan Solat Asar Berjemaah
Hari Kedua
06:00 - 07:00 pg.         Persiapan diri, Solat Subuh Berjemaah dan Taklim
07:15 - 08:15 pg.         Senaman Kalistenik
08:15 - 09:00 pg.         Sarapan Pagi dan Persiapan Diri
09:00 - 10:30 pg.         Sesi 5: Pembentukan Pasukan Kerja Yang Cemerlang
·                    Ciri-ciri pasukan kerja terancam
·                    Petua kerja berpasukan yang cemerlang
·                    Modus operandi membina pasukan kerja yang mantap
10:30 - 11:00 pg.         Minum Pagi dan Perbincangan Tidak Formal
11:00 - 01:00 tgh.        Sesi 6: Komunikasi Kumpulan Yang Berkesan
·                    Teknik komunikasi yang Cemerlang
·                    Teknik Mengukuhkan Hubungan Kemanusiaan
01:00 - 02:30 ptg.        Makan Tengahari dan Solat Zohor Berjemaah
02:30 - 04:30 ptg.        Sesi 7: Rangka Tindakan Merealisasikan Pasukan Kerja
                                    Yang Unggul
                                    *           Tindakan di peringkat individu
                                    *           Tindakan di peringkat kumpulan
                                    *           Tindakan di peringkat jabatan/bahagian
                                    *           Tindakan di peringkat antara jabatan/bahagian
04:30 - 05:00 ptg.        Penilaian kursus
                                    Penyampaian sijil
                                    Penutup
                                    Minum petang

Metodologi Kursus

            Syarahan, penerangan menggunakan LCD projektor, perbincangan, latihan amali dan simulasi, Latihan dalam kumpulan, kaunseling peribadi/kumpulan, kembara minda, dan senaman ringan.

Fasilitator Kursus

1.         Dato' Dr. Hj. Mohd Fadzilah b. Kamsah
Pengarah Urusan/Perunding Utama,
            Excel Training & Consultancy (M) Sdn. Bhd.

2.         Prof. Hj. Mohd Hanim b. Tahir
Pengarah Eksekutif/Perunding Utama,
            Excel Training & Consultancy (M) Sdn. Bhd.

3.         En. Ahmad Faizal b. Haji Nasir
            Perunding Latihan,
            Excel Training & Consultancy (M) Sdn. Bhd.

4.         Pn. Rohani bte Hj. Saad
            Perunding Latihan,     
            Excel Training & Consultancy (M) Sdn. Bhd.
           
5.         En. Ebit Irawan b. Ibrahim Liew
            Perunding Latihan,
            Excel Training & Consultancy (M) Sdn. Bhd.

6.         Cik Noor Laila Aniza bte Zakaria
            Perunding Latihan,
            Excel Training & Consultancy (M) Sdn. Bhd.

Bilangan Peserta Kursus

            Kursus ini adalah dirancang untuk 50 - 60 orang pegawai dan kakitangan agensi pelanggan.
Tarikh dan Tempat Kursus

            Tempat  dan tarikh untuk menjalankan kursus ini akan dibincangkan dengan pihak tuan. Perbincangan dangan pihak kami amat dialu-alukan.

Bayaran Khidmat Latihan

i.          Bayaran pakej yang diminta adalah sebanyak RM 16,000.00 (Ringgit Malaysia : Enam Belas Ribu Sahaja) yang akan menampung segala perbelanjaan yang berikut:
            *           Bayaran Khidmat Fasilitator
            *           Bahan Kursus (Fail, Nota dll)
            *           Alat tulis
            *           Sijil Kecemerlangan
            *           Khidmat Urusetia
            *           Khidmat Profesional
*           Laporan keberkesanan selepas kursus.

Lain-lain kos yang terlibat seperti pengangkutan dan sebagainya (jika ada) adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak agensi pelanggan.

Sebarang kemusykilan atau pertanyaan berkaitan kursus ini, sila hubungi :

NORHISHAM BIN ABDULLAH
Jr. Eksekutif Latihan
Excel Training & Concultancy (M) Sdn. Bhd.
No. Tel    :        019 - 603 0075, 013 - 256 5963
No. Faks :        03 - 8926 2504



No comments:

Post a Comment